May 4, 2009

Bosan

Ishh...aku kebosanan tahap "DEWA".

Apr 23, 2009

Lagi Lagi Bola

Satu lagi perlawanan menarik.Arshavin score 4 gol.Aku merasakan Arsenal akan tewas di tangan Liverpool setelah kehilangan beberapa key player tetapi aku silap. Arsenal memang hebat..hahaha

Aku terpekik terlolong macam orang gila.Gol bersepah orang kata.Memang berbaloi..

"Arsenal For Life"

Apr 22, 2009

Formaliti

Ke mana sahaja aku pergi,Jeans dan T-Shirt aku pakai.Gaya bersahaja memang sesuai dengan diriku.

"Formaliti" itu bukan aku.

Hanya keadaan sahaja yang mampu memaksa aku.Mungkin nanti,bila aku sudah cukup dewasa dan boleh berfikir secara matang.Buat masa sekarang "just be myself".

Apr 15, 2009

Gooaalll !!

Chelsea vs Liverpool
Incredible Match.Itu yang dapat aku katakan.

Dari minit mula perlawanan hingga akhir masa kecederaan penuh dengan aksi-aksi menarik "action-packed".Kedai pok cik cukup meriah dengan sorakan penyokong kedua-dua pasukan.

"You just couldn't take your eyes off it even for a second. Every time Chelsea thought they were out, Liverpool pulled them back in." Petikan dari Goal.com

Sedang asyik menonton,reaksi seorang penyokong liverpool mencuit hatiku.Liverpool menjaringkan gol.

"Goaallll...."teriaknya dengan sepuas hati.Tertonjol urat leher.Lagaknya agak terlampau.

Tatkala gawang Liverpool dibolosi,raut mukanya berubah lagi.Muka yang tadi ceria kembali bermuram durja.Terduduk diam kecewa dan hampa.

Season depan ada lagi,sokonglah puas-puas.Bola itu bulat,apa-apa pun boleh terjadi jadi jangan lah berkecil hati.

Mari menyaksikan pelawanan esok pagi pula...Yeaha!

Apr 14, 2009

Panas

Cuaca malam ini agak panas,aku berpeluh.Kipas bilikku berputar ligat dengan kelajuan maksimum.Aku tetap kepanasan.Sungguh tak selesa.

"Mandi?"mungkin nanti.Aku sudah mandi petang tadi.Habis pula shower foam rakanku nanti.Kesian dia.Haha

Biar aku postkan coretan ini,then kita pergi mandi............!

Apr 13, 2009

My Dinner

"Kak,teh o suam satu."pesanku kepada cik pelayan.

Dia anggukkan kepala.

"Makan?"dia tanya.

"Sebentar ye,"aku terfikir-fikir nak makan apa malam ni.
Takut muak pula makan hidangan yang sama.

"Nassss............"

Belum sempat aku membuat pesanan makan malam, dia telah pun pergi meninggalkan meja tempat aku dan rakan-rakan duduk.

"Tak apa lah,kejap lagi dia hantar air tu aku pesan makanan lah pula,"fikirku.

--------------- 30 minit berlalu ------------------

Air yang aku pesan tak sampai-sampai juga.Rakan-rakanku yang lain dah kekenyangan,sedangkan aku masih menunggu untuk membuat pesanan.Mungkin dia lupa akan pesananku.Aku hilang selera makan.

Aku pulang ke rumah dengan rasa kecewa dan perut yang masih mendendangkan alunan musik orchestra.

Ohaiyou

"Baru bangun ke?",badut tanya.

Aku angguk kepala,tiada daya untuk melemparkan kata-kata.Mungkin juga kerana aku malas untuk menjawab soalan yang sedemikian rupa.

"Dah tahu tanya lagi",aku fikir.

Ah,biarkan saja dia.Dah tengah hari rupanya,patut aku rasa panas saja.Satu lagi hari yang harus aku lalui.

"Selamat pagi dunia!"