Apr 23, 2009

Lagi Lagi Bola

Satu lagi perlawanan menarik.Arshavin score 4 gol.Aku merasakan Arsenal akan tewas di tangan Liverpool setelah kehilangan beberapa key player tetapi aku silap. Arsenal memang hebat..hahaha

Aku terpekik terlolong macam orang gila.Gol bersepah orang kata.Memang berbaloi..

"Arsenal For Life"

Apr 22, 2009

Formaliti

Ke mana sahaja aku pergi,Jeans dan T-Shirt aku pakai.Gaya bersahaja memang sesuai dengan diriku.

"Formaliti" itu bukan aku.

Hanya keadaan sahaja yang mampu memaksa aku.Mungkin nanti,bila aku sudah cukup dewasa dan boleh berfikir secara matang.Buat masa sekarang "just be myself".

Apr 15, 2009

Gooaalll !!

Chelsea vs Liverpool
Incredible Match.Itu yang dapat aku katakan.

Dari minit mula perlawanan hingga akhir masa kecederaan penuh dengan aksi-aksi menarik "action-packed".Kedai pok cik cukup meriah dengan sorakan penyokong kedua-dua pasukan.

"You just couldn't take your eyes off it even for a second. Every time Chelsea thought they were out, Liverpool pulled them back in." Petikan dari Goal.com

Sedang asyik menonton,reaksi seorang penyokong liverpool mencuit hatiku.Liverpool menjaringkan gol.

"Goaallll...."teriaknya dengan sepuas hati.Tertonjol urat leher.Lagaknya agak terlampau.

Tatkala gawang Liverpool dibolosi,raut mukanya berubah lagi.Muka yang tadi ceria kembali bermuram durja.Terduduk diam kecewa dan hampa.

Season depan ada lagi,sokonglah puas-puas.Bola itu bulat,apa-apa pun boleh terjadi jadi jangan lah berkecil hati.

Mari menyaksikan pelawanan esok pagi pula...Yeaha!

Apr 14, 2009

Panas

Cuaca malam ini agak panas,aku berpeluh.Kipas bilikku berputar ligat dengan kelajuan maksimum.Aku tetap kepanasan.Sungguh tak selesa.

"Mandi?"mungkin nanti.Aku sudah mandi petang tadi.Habis pula shower foam rakanku nanti.Kesian dia.Haha

Biar aku postkan coretan ini,then kita pergi mandi............!

Apr 13, 2009

My Dinner

"Kak,teh o suam satu."pesanku kepada cik pelayan.

Dia anggukkan kepala.

"Makan?"dia tanya.

"Sebentar ye,"aku terfikir-fikir nak makan apa malam ni.
Takut muak pula makan hidangan yang sama.

"Nassss............"

Belum sempat aku membuat pesanan makan malam, dia telah pun pergi meninggalkan meja tempat aku dan rakan-rakan duduk.

"Tak apa lah,kejap lagi dia hantar air tu aku pesan makanan lah pula,"fikirku.

--------------- 30 minit berlalu ------------------

Air yang aku pesan tak sampai-sampai juga.Rakan-rakanku yang lain dah kekenyangan,sedangkan aku masih menunggu untuk membuat pesanan.Mungkin dia lupa akan pesananku.Aku hilang selera makan.

Aku pulang ke rumah dengan rasa kecewa dan perut yang masih mendendangkan alunan musik orchestra.

Ohaiyou

"Baru bangun ke?",badut tanya.

Aku angguk kepala,tiada daya untuk melemparkan kata-kata.Mungkin juga kerana aku malas untuk menjawab soalan yang sedemikian rupa.

"Dah tahu tanya lagi",aku fikir.

Ah,biarkan saja dia.Dah tengah hari rupanya,patut aku rasa panas saja.Satu lagi hari yang harus aku lalui.

"Selamat pagi dunia!"

Hmm..

Just want to point out a view on life I heard somewhere..

"Geniuses would know all if they learn one thing."
"But ordinary people have to learn all to know one thing."

You know,it's okay to be ordinary.
What's important is not to feel down just because you don't understand and not to get above yourself just because you know something.

You kind of get it and you kind of don't.
That's the best way to be.Don't you think so??

Yin-Yang,Positive-Negative,Bad-Evil and etc.
It's how we're created,so this life will be more interesting.

If I have to choose between genius and ordinary,I prefer to be ordinary though I'm no genius..

Born on May 30th

30 Mei!Siapakah insan yang sama tarikh lahir denganku.
Aku surf internet,go to google dan taip Born on May 30th.
Banyak juga insan terkenal yang lahir pada hari itu.
Tetapi aku pilih Steven Gerard untuk memenuhi ruang ini kerna aku tahu mesti ramai yang mengenali pemain England dan Liverpool ini.
Walaupun aku bukan fan Liverpool..Haha

Mata Oh Mata

Aku cuba dan terus mencuba,masih tak berjaya.
Pantang mengalah selagi darah merah pekatku masih mengalir
secara normal di dalam badanku.

Aku cuba lagi buat yang terakhir kali nya.
Namun usahaku hanya sia-sia.Aku hampa.

"Mata..mata..asal susah sangat aku nak lelapkan kau ni."hatiku mula berkata.
"Nak aku campakkan kau ke laut jadi makanan ikan."sambungku lagi.

Jam laptopku dah menunjukkan pukul 2.30 pagi.
Bila lah agak nya aku dapat tidur.
Aku tahu BATMAN tak tidur malam tapi aku bukan SUPERHERO seperti dia.
Aku hanya insan biasa.

Jagalah diri anda,tidur lewat tak elok untuk kesihatan!
(Pesanan ikhlas dariku yang cuba untuk tidur..huhu)

Apr 12, 2009

Serabut

"Persoalan???"

Begitu banyak bermain di kotak fikiranku,aku penat.
Penat memikirkan jawapan.Haruskah aku berikan jawapan kepada setiap persoalan??

"Oh,tidak!"kepalaku garu dengan kuat.

Satu lagi persoalan yang tak mampu aku jawab.
Bilakah masanya aku akan mendapat jawapan yang aku inginkan.
Hanya masa yang menentukan agak nya.

Kerana aku tahu hidup ini penuh dengan tanda tanya.
Dan setiap persoalan pasti ada jawapan.
Itu yang aku ingin percaya...